PROGRAM CASHLESS SOCIETY
11 Jun 2026 | Aktiviti Terkini11 Jun 2026 (Khamis) - Siri jelajah Cashless Society telah diadakan di NADI Presint 18, Putrajaya dengan bantuan petugas-petugas daripada NADI Putrajaya yang lain dimana ianya lokasi kedua terakhir bagi jelajah Cashless Society di Wilayah Persekutuan sebelum tirai ini dilabuhkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama rakan-rakan strategik iaitu Fiuu, AKPK, BSN, ToyibPay, Bank Islam, Maybank, Setel dan TM Unifi telah membuat pameran kepada pengunjung untuk meneroka dunia transaksi tanpa tunai melalui pelbagai aktiviti menarik, sesi perkongsian, latihan keusahawanan serta peluang menikmati ganjaran dan promosi eksklusif.
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Voucher RM10 untuk 50 orang terawal (terma & syarat)
- Cabutan Bertuah e-Tunai
- Jualan usahawan tempatan
- Rebat pembelian tanpa tunai
- E-Sport / PS5
- Pertandingan Mewarna (Tabika Kemas)
- Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS)
- Pertandingan Kuiz Kahoot KIS
- Saringan kesihatan percuma
- Taklimat & khidmat nasihat usahawan daripada rakan strategik AKPK, Bank Islam, Setel & Unifi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: